SEJARAH SEKOLAH
- Pembinaan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan(SMKKR) bermula sejak tahun 1996 di satu kawasan seluas 20.08 ekar.
- Ia-Nya terletak di kawasan pinggir bandaraya Alor Setar.
- Persekitarannya dikelilingi oleh sawah padi.Jauhnya daripada bandaraya Alor Setar kira-kira 8 km dan jaraknya dari bandar Kuala Kedah ialah 3 km di selatan.
- Atas sebab-sebab tertentu,SMKKR hanya mula beroperasi di bangunannya sendiri pada 1 NOVEMBER 1999 lewat dari tarikh yang sepatutnya.
- Sebelum ini, SMKKR telah menumpang Sekolah Kebangsaan Dato' Shaari belajar disebelah petang.
- Sesi persekolahan SMKKR di SK Dato'Shaari bermula 1 JANUARI 1998 hingga 30 OKTOBER 1999.
- seramai 14 orang orang guru. 3 daripadanya ialah guru perempuan.
- kakitangan bukan guru pula seramai 4 orang. Bilangan pelajar pada masa itu ialah seramai 166 orang. 88 orang daripadanya ialah palajar lelaki.
- Kebanyakan pelajar SMKKR datangnya daripada kawasan Kampung Kubang Rotan dan Kg. Seberang Kota Kuala Kedah. Sasaran utama pelajar yang memasuki tingkatan 1 setiap tahun ialah dari Sk Dato' Shaari,Kuala Kedah dan Sg.Baru.
- Pada peringkat awal operasi iaitu pada tahun 1999 terdapat 9 buah kelas.
- Terdapat 5 buah kelas untuk tingkatan 1 dan 4 buah kelas untuk tingkatan 2.
- seramai 365 orang pelajar. 187 daripadanya ialah pelajar lelaki.
- Seramai 20 orang. pada tahun 2000 bilangan pelajar bertambah sebanyak 526 orang dengan penambahan kelas sebanyak 14 buah ditempatkan dalam 8 buah bangunan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Negeri Kedah.
- Sekarang seramai 689 orang pelajar SMKKR yang mungkin akan berjaya dalam kurikulm mahupun kokurikolum.
- Bilangan guru juga bertambah sekarang menjadi 50 orang. Manakala kakitangan bukan guru ialah 11 orang.